Jumaat, 25 Jun 2010

Misteri kerugian RM 8 bilion dalam Felda di dedahkan...


KUALA LUMPUR, 25 Jun: Datuk Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Datuk Seri Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:
a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.
"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.
"Mustahil!!" kata Husam kerana dalam tempoh tersebut, Felda juga menerima hasilnya dan hasil itu turut hilang dan hanya tinggal RM1.35 bilion sahaja pada akhir tahun 2009.
AJK PAS pusat itu berkata, "maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!"
Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;
a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion
e. 2009 - RM 830 juta
Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!
Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004.
Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!
Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion
"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam.
Perbelanjaan Felda
Husam juga mempertikaikan perbelanjaan yang dibuat Felda sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan."Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;
"RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."
a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda
"Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.
Kedua: RM 2 billion untuk Tanam Semula."Kenapa guna rezab tunai Felda?" soal Husam.Beliau bertanya, bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.
"Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?" soal beliau lagi.
Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan, kedua-dua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah."Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut," katanya.
Beliau juga berkata, jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.
"Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?" soalnya lagi.
Husam juga bertanya, bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?
Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM300 juta dan RM500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?
Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar? soal Husam.
Dengan RM300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?
"Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!" kata Husam memberikan amaran.
"Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai.
"Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!" katanya.
Beliau juga mempersoalkan, apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak dketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.
Kesimpulannya, kata beliau, semuanya misteri! dan ada "Lubang besar di Felda?" dan "Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?"

Rabu, 23 Jun 2010

Jadual ceramah countdown himpunan 100 ribu bantah judi

(sila klik untuk image lebih besar)
sila klik (di sini) untuk maklumat terkini Gerakan Membantah Judi oleh DPP Pusat.



Sabtu, 19 Jun 2010

UMNO Tapah salahguna sekolah



UMNO Bahagian Tapah menyalahgunakan premis sekolah untuk mesyuarat perwakilan bahagian.

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tapah melahirkan rasa kesal atas sikap UMNO yang bermuka-muka dan hipokrit apabila menggunakan Sekolah Menengah Sains Tapah bagi tujuan mesyuarat tahunan mereka. Majlis di adakan di dewan besar sekolah tersebut pada 19 Jun 2010 dan di jangka akan di rasmikan oleh Naib Presiden UMNO yang juga merangkap Ketua Bahagian UMNO Bahagian Bagan Datoh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pertamanya DPPK Tapah ingin mempersoalkan tahap profesionalisme UMNO apabila tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan premis kerajaan iaitu bangunan dewan sekolah yang kami percaya Pakatan Rakyat tidak akan semudahnya mendapat kemudahan tersebut.

Jika selama ini UMNO sering mengugut guru2 dan kakitangan kerajaan khususnya agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berbentuk kepartian terutamanya terlibat dengan parti politik selain UMNO dan BN namun tanpa bermaruah pula menggunakan premis sekolah untuk menjalankan aktiviti tahunan mereka. Tidakkah UMNO berasa malu dengan tindakan mereka ini?

Keduanya DPPK Tapah juga tertanya2 penglibatan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mutakhir ini yang sangat aktif bersama dengan UMNO Perak yang seolah2 ingin mencabar kewibawaan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir. Lihat sahaja bagaimana beliau yang semasa merasmikan Persidangan Serentak Umno Cawangan seluruh Perak di Bagan Datoh yang tanpa berselindung lagi mengkritik hebat kepimpinan Datuk Seri Zambry. Pertembungan antara dua pemimpin UMNO Negeri Perak ini pastinya akan berterusan dan tidak akan berkesudahan dan kami meyakini ianya mempunyai agenda politik yang tersirat.

Ketiganya DPPK Tapah juga berasa hairan, adakah UMNO Bahagian Tapah sudah jatuh miskin apabila tak mampu lagi untuk bermesyuarat di premis sendiri atau di tempat2 mewah yang biasa mereka gunakan sebelum ini untuk berprogram. Kami tertanya2 adakah mereka membayar sewa menggunakan dewan atau menggunakannya secara percuma.
DPPK Tapah dapat merasakan bahawa rakyat semakin muak dan jelak dengan sikap kepimpinan UMNO yang sering cakap tak serupa bikin dan menyeru rakyat agar berhenti memberi peluang kepada UMNO dan BN mentadbir negara kita dalam pilihan raya akan datang.
AZMAN AZIZ
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

Khamis, 17 Jun 2010

Pasca Muktamar DPPP kali ke-51

Pasca Muktamar DPPP kali ke-51

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan . Insyaallah ini tema Pemuda PAS bekerja sepanjang musim ini disamping menyelesaikan tunggakan tugas serta rancangan yang masih tergendala ekoran tertunda kerana menghadapi 11 pilihanraya kecil pasca pilihanraya 2008 yang lalu .

Insyaallah , seluruh jentera pemuda dipelbagai peringkat mestilah mula aktif malah pro aktif untuk menggerakkan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai ansoorullah yang menggalas cita - cita untuk mendaulatkan syariat Islam .10 Kriteria Ansoorullah dan 10 Politik Rasul saw juga apa yang lebih penting dan menjadi asas bergerak sepanjang tempoh perjuangan kita ialah 10 Badihiyat [ peraturan dan arahan khas yang wajib dilaksanakan oleh setiap pemuda ] telah saya gariskan dalam ucaptama ketua DPPP baru - baru ini .

Jangan leka dan jangan lena . Masa kita singkat , kerja kita banyak , cabaran kian sukar dan halangan kian rencam . Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah . Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar , munajat dan solat [ doa ] .Gandingkan tenaga . Lama , baru , ulama' , profesional , aktivis , amilin , pimpinan dan seluruh anggota mestilah rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah .

Kini masa kita berjuang bukan membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada jamaah dan ummah .Khasnya kepada saff pimpinan yang sedang memikul beban amanah dan tanggungjawab perjuangan . Pedulikan segala fitnah dan tohmahan . Pacu perjuangan ini semampunya dan bertawakkal kepada . Cari nilai dari sisi Allah swt bukan nilai di sisi manusia .Sabar atau segala susah sukar berjuang . Korbankan masa , tenaga , pemikiran malah jika perlu darah dan nyawa demi Islam . Samaada menang atau syahid ..... itulah slogan kita berjuang .

Tiada istilah kalah dalam perjuangan .Jadilah pejuang Ansoorullah untuk terus memimpin Jiil [ generasi ] rabbani . Inilah tugas besar kita menyambung tugasan golongan as saabiquunal awwalin [ generasi terdahulu ] . Jika mereka gigih dan istiqamah malah mampu tunaikan tugas mereka , kenapa kita hari ini mesti mengemukakan 1001 alasan untuk berdalih .

Ayuh bangkit pemudaku .

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selasa, 8 Jun 2010

Sukarnya mengatakan TIDAK pada judi...

oleh : Wirawan Islam

Aduhai...ingatkan peristiwa konvoi kemanusiaan ke Palestin yang di ganggu oleh Israel menjadi sebuah drama yang tak dapat di lupakan untuk tahun ni.

Rupanya drama sekejap bagi sekejap tak bagi lesen judi kat Vincent Tan lebih mengujakan setiap rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian.

Tak sangka betapa sukarnya seorang pemimpin Melayu yang beragama Islam yang sering mendakwa memperjuangkan Islam di Malaysia ini untuk TUNDUK DAK PATUH kepada kehendak Allah. Bukan kehendak rakyat tetapi perintah dan arahan Allah yang wajib semua umat Islam ikut dan turuti tanpa helah dan alasan lagi.

Hari ini, dalam berita bertajuk "Kerajaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan", Malaysiakini melaporkan:

Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia

Mahu pening2 lalat si Vincent Tan ni. Dah berkapal2 duit di lambakkan kepada UMNO tapi budi dan jasa baiknya masih samar untuk di balas.

Lupakan pasal jutawan Vincent Tan yang memang tak peduli hukum hakam sebab dia bukan seorang Muslim dan dia tak peduli pun pasal tentangan rakyat. Yang dia tahu macamana nak tambahkan lagi kekayaan beliau.

Tapi isunya sekarang ialah betapa sukarnya pemimpin UMNO yang mengepalai Kerajaan Persekutuan sekarang ini untuk mengatakan TIDAK kepada judi. TIDAK akan mengeluarkan lesen judi sukan.

Hanya berani mengatakan BELUM LAGI mengeluarkan sebarang lesen judi.

Wahai pemimpin UMNO.
Tunduklah kamu semua kepada perintah Allah dan tuntutan agama Islam.
Andai kiranya kamu menarik kembali lesen judi ini, bukan kerana ianya tuntutan rakyat Malaysia tetapi ianya tuntutan agama kita...agama Islam...

Isnin, 7 Jun 2010

Lawak sekumpulan 'katak'

oleh : Wirawan Islam
(barisan superstar 'katak' atau lebih di kenali sebagai ultraman 5 beradik yang akan menganjurkan konsert terbaru tak lama lagi)


Setelah nyayian sekumpulan MP 'katak' semakin di lupai dan di pinggirkan mereka kini datang lagi untuk mencari publisiti murahan mungkin kerana poket mereka yang semakin kering dan minta di isi.
Kalau MIC boleh dengan mudahnya memperdayakan UMNO dalam PRK Hulu Selangor tempohari dengan isu calon, maka kumpulan MP 'katak' kini mencuba nasib. Bak kata pepatah katak...untung batu tenggelam, untung berudu boleh jadi katak dewasa. Dalam pertarungan meletak calon di Hulu Selangor sahaja UMNO di perdaya apabila akhirnya berkesudahan dengan MIC 3 - UMNO 0.
Gol pertama - Palanivel dapat senator
Gol kedua - MIC menang PRK (di bantu habisan oleh puak2 UMNO-APCO)
Gol ketiga - Palanivel dapat jawatan kibinet (Ketua Pemuda UMNO, si KJ gigit jari...)
Oleh itu, sekumpulan katak ini mencuba nasib seperti MIC dengan menubuhkan pembentukan "Konsensus Bebas" dalam usaha untuk bertindak dengan lebih ”efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti”.

Mereka yang menganggotai kumpulan itu ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru).
Menurut ketua katak si Zahrain pada sidang media di lobi parlimen :
“Konsensus Bebas” bertujuan menjadi “kuasa ketiga” di Dewan Rakyat."
"Kita percaya pembentukan Konsensus Bebas adalah penyelesaian terbaik bagi kami sebagai ahli parlimen untuk mengemukakan isu-isu nasional dan berkepentingan umum secara bersama dan berkesan,”
"Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasakan kepada inspirasi rakyat dan negara. "Konsensus Bebas ini akan memberi fokus kepada pembentukan dasar yang meletakkan keutamaan rakyat,"
Oleh kerana mereka tak memihak mana2 parti, kita nak tanya depa ni...depa kat belah mana?
1) PR bantah judi....BN sokong judi
2) PR tak nak kawan ngan Yahudi Israel....tapi BN ambil APCO-Israel jadi penasihat PM
3) PR konsisten nak bantu rakyat....BN sibuk nak tarik subsidi
4) PR yakin boleh pulihkan ekonomi....BN kata negara dah nak bankrupt
Kita bagi depa 4 isu ini dulu....depa nak sebelah mana?
Dah kata tak sebelah mana2 parti so hanpa nak sebelah mana?
Nak kata bengong...marah plak...

Selasa, 1 Jun 2010

Mohon di amalkan qunut nazilah setiap kali solat

Maksudnya :

“Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan yang gagah perkasa, Wahai Tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan, Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.”