Selasa, 22 Februari 2011

Kenapa Bob Lokman menyertai PAS...Allahuakbar!!!

X cukup blog saudara Bob, kami saji pula video...Takbir!!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Bob Lokman : Sebuah kisah penghijrahan


Selamat berjuang Bob Lokman...

Sila layari blog beliau di sini untuk membaca luahan hati beliau...

Semoga Allah memudahkan segala urusan beliau dan terus istiqamah di atas jalan ini.

ALLAHUAKBAR!!!

Ahad, 20 Februari 2011

HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS

'MASA UNTUK BERUBAH' itu lah tema pehimpunan pemuda yang boombastik yang diadakan di kompleks PAS bertempat di Kota Sarang Semut. Lautan umat membanjiri kawasan dataran kompleks tersebut. Di situ terdapat semua pemuda setiap pelosok negeri di seluruh Malaysia berhimpunan sebagai simbolik sokongan Pemuda kepada parti iaitu PAS.

7.15 PM;
Kami semua berkumpul di masjid Tapah untuk mengumpul jemaah bagi sama - sama konvoi dengan satu niat untuk menegak syiar islam. Kami semua perlu keluar dari Tapah sebelum maghrib untuk dapat soalt jama' bagi memudahkan perjalanan kami selaku musafir untuk menegak syiar Islam, moga - moga pejalanan kami sentiasa di redhai Allah S.W.T. Takbir!!!

8.15PM
Kami semua selamat sampai di R n R sg.perak, seperti yang dijanjikan rombongan dari gopeng turut serta jumpa di RnR tersebut, Alhamdulillah kami selamat walaupun perjalanan dari Ipoh hingga ke Sg. Perak diiringi dengan hujan rahmat namun perjalanan kami lancar dan selamat.Kami berhenti rehat solat jama' dan makan malam dan menruskan perjalanan untuk menjimatkan masa.Takbir!!!

11.30 PM
Kami selamat sampai ke gurun untuk bermalam di rumah saudara sahabat kita di Taman perwaja, kami semua nampak keletihan terutama 'driver' namun penat lelah hilang dengan saudara sahabat kita menjamu sedikit 'supper' syukur ke hadrat Illahi, nampak perjalanan ini diberkati.

6.30AM
Setelah selesai bersolat berhampiran dengan taman perumahan, terlihat satu bas gerombolan pemuda PAS daru dun redang sudah sampai semalamnya dan bermalam di Surau tersebut. Kami berkesempatan mendengar tazkirah dari ketua pemuda tersebut. Sedikit sebanyak menambah ilmu dan kekuatan untuk berjuang...Takbir!!!

8.30AM
Kami semua bersiap - siap menuju ke kompleks PAS di kota sarang semut, unit amal malaysia bersiap - siap untuk bertugas. Semangat ini yang diperlukan. Tahniah!!!

9.30AM - 2.00PM
Sekitar kompleks dan suasana.















Selasa, 15 Februari 2011

CERAMAH UMUM

Baru - baru ini ana menghadiri ijtima' ilmu anjuran kawasan Tapah yang berlangsung di kompleks PAS pusat pada 11/2/2011, Alhamdulillah kehadiran ahli - ahli memberangsangkan walaupun cuaca tidak mengizinkan rahmat dari ALlah s.w.t kepada hamba - hambanya. Ana selaku wakil atau pun di amanahkan oleh PAS cawangan chenderiang mengajak pemuda - pemudi menghadiri ceramah umum tersebut bagi menyemarakkan semangat memperjuangkan syiar Islam dan membongkar tipu muslihat kerajaan dalam memutar belit fakta dan sejarah.Ayuh ramai - ramai !"Jazakallahu Khairan Kathira"